Wednesday, December 17, 2014

FUTSAL 2014/2015

foto sekadar hiasan tiada berkenaan yang hidup atau yang dah kahwin


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Disember telah tiba, tahun 2014 sudah sampai ke penghujungnyee, manakala tahun 2015 bakal tiba. Tepat pada 5/1/2015 genap la umur Puteri Sakina Al-Ackles yang ke 22. Namun bukan ini ceritanye...Hujan rintik-rintik diselangi dengan salji mula membasahi bumi Peter yang berada nun jauh dibarat Russia bagaikan air mata kanak-kanak yang menangis kedukaan. Tap..tap..tap bunyi beduk kedengaran  dengan kuatnya, semua pelajar berkumpul kerana ingin tahu apakan tujuan beduk dimainkan , tiba-tiba datang seorang wakil MESSP menyatakan bahawa pertandingan futsal 5 sebelah akan diadakan pada 13/12/2014. Riak para pelajar memaparkan seribu persoalan, ada yang kebingungan, ade yang bergembira, dan ada yang berduka. Tapi bagi sesetengah pelajar, waktu inilah waktu yang sesuai untuk menunjukkan keupayaan dan bakat mereka yang kian lama terpendam. Antara bakat baru yg berjaya dicungkil daripada pertandingan ini adalah seperti Azim The Destroyer a.k.a Check a Bang/Boom yg berjaya membantu team Fateh merangkul kejuaraan kali iniSeramai 20 orang pelajar yang berani dan telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Mereka telah dibahagikan kepada 4 pasukan, Team Fateh, Team Hakan, Team Katsura Kotaro, Team The Crew. Rules and regulation berdasarkan standard fifa futsal. 

STATIK PASUKAN

PASUKAN FATEH (****)                                              TEAM HAKAN (***.5)

IKHWAN     ( 80 )                                                                AZRAI                   ( 75 )
AJ                 ( 70 )                                                                LOKMAN              ( 65 )
YEN             ( 55 )                                                             EIZAZIRFAN         ( 60 )
MATMIN    ( 55 )                                                              KASH                      ( 50 )
AZIM          (MATH ERROR)                                           FERQ                      ( 45 ) *paling hina

TEAM KATSURA (****)                                               THE CREW  (***.5)

SALMAN     ( 70 )                                                                AIMAN                    ( 75 )
AYEH           ( 70 )                                                                FARID                      ( 70 )
HAKIM         ( 65 )                                                            AMMAR                   (25TAHUN)
AJI                ( 60 )                                                                NAEM                       ( 70 )
DRAGON     ( 55 )                                                            ZARA                         (BREAKDANCE)

*( ) Rating player based on FIFA15

 Azrai cuba meng 'Ole' Matmin

Setelah beribu-ribu titik peluh didermakan diatas gelangggang, akhirnye Pasukan Fateh dan Team Hakan berjaya melangkah ke final. Perlawanan final begitu rancak dan sengit. Kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan dan perlawanan terpaksa diteruskan dengan penentuan penalti dan pasukan Fateh berjaya mengalahkan Team Hakan. Kejayaan Pasukan Fateh adalah disebabkan kebijaksanaan taktital ketua pasukan, Ikhwan. Ikhwan berjaya mencederakan dua pemain utama Team Hakan. Hal ini sekaligus mengganggu corak permainan "tika taka" pasukan Hakan. Referee kelihatan berat sebelah kerana hanya memandang kesalahan Ikhwan dengan sebelah mata. Bagi Team Hakan peristiwa ini diibaratkan suda jatuh ditimpa tangga. Ini menyebabkan Team Hakan tempang dan tewas.  

Ikhwan mencari bola yg hilang(tgok mata dia). (AJ tengah menari)

Beberapa insiden yang tragik dan sadis juga telah mencemarkan pertandingan ini. Player Eizaz Irfan didakwa menghentak kepala Dragon ke dinding. Apapun angin tidak akan bergoyang jika tiada pokok yang bertiup.  Insiden lain seperti terjahan keras pertahanan Team Hakan terhadap AJ telah menyebabkan rusuhan dikalangan penyokong kedua-dua pasukan.

HADIAH UNTUK PARA PEMENANG 

PASUKAN FATEH JUARA

TEAM HAKAN NAIB JUARA

KETIGA

PEMAIN TERBAIK KEJOHANAN

SAGUHATI KERANA BERANI MENCUBA

Ribuan terima kasih kepada penaja utama pertandingan futsal 5 sebelah kali ini, Карусель dan Окей diatas sumbangan hamper yang bernilai lebih drpd 1000 ruble kepada para pemenang. Terima kasih juga kepada Nike yang sponsor kasut limited edition "CR7 Nike Mercurial Superfly 4" kepada pemain terbaik kejohanan. Menurut sumber yang hanya mahu digelar sebagai Sealbit (nama sebenar), hanya terdapat 5 pasang sahaja kasut ini di dunia.

MAJULAH SUKAN UNTUK MESSP.









Thursday, October 9, 2014

HARI RAYA AJIIII


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Auchakkkkk..huhuhu..Ramai yg rindu MESSP ke?? Baru dua bulan MESSP x post ape-ape dah macam orang kehilangan garuda pulak MESSP tengok korang pegi mintak makanan dekat blog-blog lain.

Pada hari itu yang lalu telah diadakan satu majlis sambutan bersempena Eiduladha. Tidak seperti tahun-tahun yg lalu perayaan kali ini agak mendukacitakan kerana ketiadaan pelajar tahun 1 dan ketidakhadiran rakan-rakan aji(nama samaran) sob..sob..

Buat pengetahuan semua event ini diadakan di rumah Prof Salim (GMT +04:00) iaitu berdekatan dengan bandaraya Avtovo. Tentatif menyatakan bahawa majlis itu bermula pada pukul 11 pagi tetapi biasalah janji melayu tidak kira la jawa, bugis, minangkabau, cheras, key'ell, ampang, meyebabkan majlis tertangguh selama 30minit.

STONE selepas menghidu keenakan jamuan yg disediakan

Acara dimulakan dengan takbir raya yg diketuai oleh HAKIM dan saudara. Kesyahduan suara HAKIM dan saudara tidak mampu disangkal lagi apabila rata rata pelajar lalai dan menitiskan air mata ketika takbir raya didendangkan. Salah seorang pelajar(Zara) menyatakan bahawa dia tidak mampu menahan sebak didada kerana teringatkan ayah, bonda dan xbox nun jauh di Malaysia. MC Yen juga mendendangkan beberapa rangkap masih tidak pasti sama ada pantun,syair atau lirik lagu Pitbull kerana perkataan yg digunakan semua pelik-pelik belaka.

HAKIM dan saudara
    
Selepas tazkirah sirah dan makan-makan... seperti biasa sesi fotografi bersama pelajar diadakan diluar rumah Prof Salim. Tujuan sesi ini diadakan untuk memberi ruang kepada rakan-rakan untuk memuat turunkan gambar-gambar di instagram atau lebih dikenali sebagai IG yg sudah bersawang. Pelbagai gaya fotogernik telah ditunjukkan oleh para pelajar. Gaya peace la, gaya love la, gaya lompat la, gaya six warior semua telah berpunyala dan pelbagai lagi gaya yg tidak mampu diungkap oleh kata-kata. MESSP perhati je perangai sorang-sorang.

Agak-agak berapa banyak like untuk gambar PEACE ni

SORRY gadis-gadis kami semua sudah berpunya

BATAK-BATAK go pro

awak kat mne.....awak-awak kat mane??(Taufik Batisah - Awak Kat Mana)

Okla admin nak cau lu...Nantikan post2 MESSP yg akan datang k... BYE2


Saya la admin MESSP..gudnite all..muaaah.

Thursday, March 27, 2014

Sambutan Hari Wanita 2014



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah di panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat juga akhirnya admin (part time) memperkuatkan emosi , jasad , dan jari jemari untuk menambah sedikit coretan di dalam blog MESSP yang semakin hambar dan bersawang ini. 



Pada 8 Mac yang lepas telah berlangsung sambutan bersempena dengan Hari Wanita Sedunia bertempat di dalam bilik Kakak Yaya dan Kakak Nad. Sambutan ini khas untuk menyambut wanita- - wanita Melayu terakhir yang tinggal sementara di Saint petersburg  Setelah berbincang panjang di dalam group whatsapp khas pelajar wanita Saint Petersburg, akhirnya semua sepakat merah 'mak ngah' sebagai warna tema sambutan ini dan nasi kerabu sebagai menu utama. Alhamdulillah perbincangan berjalan lancar dan tiada percakaran atau perang dingin dilaporkan untuk memilih warna tema.

Semua pelajar wanita sama ada yang sudah berkahwin , sudah bertunang , ataupun yang masih single hadir untuk sama-sama memeriahkan sambutan ini. Majlis di mulakan dengan upacara rasmi 'selfie' ramai-ramai depan banner sementara menunggu pelajar yang di beri nama Sakina untuk touch up lipstick dan mengenakan gaun pengantinnya. 


Sambutan di penuhi dengan bermacam - macam acara bermanfaaat dan bermotivasi seperti forum berkenaan  hal wanita , sesi melihat video dengan projector skrin besar dan ketawa beramai- ramai , acara penyampaian hadiah , acara 'mari bercerita' , acara 'jom amik gambar wei pastu post kat instagram ngan fb' , dan acara yang menjadi kegemaran dan kegilaan semua pelajar khususnya Kakak Amira iaitu acara makan - makan.

Majlis juga diserikan dengan kehadiran auntie Karimah dan puterinya yang datang jauh nun dari Avtovo. Selain nasi kerabu , bermacam - macam lagi juadah di sediakan untuk memeriahkan perut masing - masing seperti brownies , congo bars , dan tart buah. Untuk mengelakkan pembaziran , lebihan makanan telah disalurkan kepada jiran tersayang Adik Yin dan Adik Aiman. Mereka melompat kegembiraan setelah di berikan makanan tersebut. 

"Best ngat dapat makang nasik krabu" Ulas Adik Aiman sambil menangis kegembiraan. 

"Takpelah walaupun tak dijemput, dapat makan nasi kerabu pun ana dah cukup bersyukur" Seloroh Adik Yin pula. 

Bukan niat kami tidak mahu menjemput mereka sama - sama untuk memeriahkan majlis ini tetapi seperti yang semua sudah maklum ini adalah sambutan khas untuk wanita maka kami tidak menjemput mana - mana lelaki untuk menyertai sambutan ini hatta sebagai VVIP pun. Wah hiperbola. Maka diharapkan nasi kerabu dapat memujuk hati Adik Yin dan Adik Aiman.

Majlis di serikan juga dengan penyampaian anugerah khas untuk wanita - wanita ini. Berikut adalah senarai pemenang dan anugerahnya.


Anugerah bibir paling merah - Sakina Razali
Anugerah gelak paling sopan - Nor Nadia (Yaya)
Anugerah prom dress terbaik - Aishah 
Anugerah isteri solehah - Khadijah (KD)
Anugerah isteri mithali walaupun hubby jauh - Ainishahirah
Anugerah pelajar paling pemalu - Farah Izaty 
Anugerah best student - Shahirah 
Anugerah vokalis terbaik - Nor Nadierah (Nad)
Anugerah pelajar paling banyak tumpahkan air - Nor Laila
Anugerah pelajar paling havoc - Lydia Azmi
Anugerah pelajar paling 'fit' join fizra - Nor Amira 
Anugerah pelajar paling banyak kali hilang handphone - Azlina Hashim (sorry Kak Lina hehe)

Sekian sahaja laporan kali ini. Tidak lupa juga marilah kita sama - sama menyedekahkan bacaan Al- fatihah kepada mangsa - mangsa MH370. Sesungguhnya insiden ini memberikan tamparan yang agak besar kepada sejarah negara kita. 

Inspirational quote to celebrate international women's day:

Malala Yousafzai : Extremist have shown what frightens them most ; a girl with a book. 




Thursday, March 20, 2014

A Journey To Become Champion


                PIROGOV bakal menjelang pada bulan 4 ini, dan rata-rata para pelajar di  bumi Russia sedang gigih berusaha  dan training untuk menjurai acara yang ditandingi. Pelajar-pelajar di SMTU juga tidak ketinggalan mengambil bahagian di PIGOROV. Pasukan yang dihantar oleh team SMTU adalah futsal berkumpulan, handball, basket,  dan permainan tradiosanal New Zealand Frisbee. Pasukan futsal diketuai oleh Amir Rahimi, pasukan handball diketuai oleh Nas, pasukan basket diketuai Naim dan pasukan Frisbee di ketuai oleh macam biasa abang vokalis kita  Azri Aminuddin.

FUTSAL

BASKETBALL

               Pelbagai persiapan yang proaktif telah dilakukan oleh setiap pasukan seperti  hell training, dive training, video teaser, dan tidak lain tidak bukan latihan mengambil gambar untuk di insta. Dalam keadaan sibuk dgn latihan sukan, wartawan Messp sempat menuramah salah seorang atlet yg hanya mahu dikenali  sebagai  Mat Yi.

Wartawan: Bagaimana persiapan anda untuk menghadapi  Pigorov?
Matyi : Hmpph, persiapan saya suda lengkap, saya telah menyediakan baju tido 2 pasang, seluar track, ubat gigi, berus gigi dan tidak lupa juga pencukur janggut kesayangan saya telah banyak mencukur misai dan janggut saya selama ini supaya wajah saya kelihat kemas dan tampan ketika acara berlansung.(sambil tersengih manja) 
Wartawan : Berikan sedikit kata kata semangat untuk atlet-atlet dah rakan pasukan anda. 
Matyi : Saya berharap agar supaya atlet agar tidak lambat datang ketempat acara diadakan kerana tidak semua pelajar  berkelana di tempat yang sama. Jangan sehingga kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kita sebagai orang melayu jangan lambat bla..bla..bla..bla…bla …bla….bla… bla..bla..bla..bla…bla …bla….bla… bla..bla..bla..bla…bla …bla….bla… bla..bla..bla..bla…bla …bla….bla… bla..bla..bla..bla…bla …bla….bla… bla..bla..bla..bla…bla …bla….bla… 
Wartawan : Terima kasih interview tadi  ( selepas 30minit mendengar bla..bla..bla..bla…bla ) 
Matyi :Hahahaha no prob, maklum la saya kan artis (tersenyum sinis) 

"malaz nak beritahu saya sebenarnye seorang artis"-MATYI-

Persiapan pasukan futsal juga tidak kurang hebatnye apabila menampilkan wajah- wajah baru. Salah satu pemain futsal yang telah banyak menimba pengalaman hanya mahu dikenali sebagai ayeh memberi beberapa nasihat berguna kepada junior-junior seperti  jangan sliding kerana ia akan menyebabkan pihak musuh mendapat penalty.

SMTU'S ULTRAS
Tidak lupa juga kepada ultas Smtu yang telah membooking tiket ke Moscow semata-mata untuk menyokong team SMTU dan kerana ultras-ultras ini dapat menaikkan semangat perjuangan team smtu di Moscow nanti. Natijahnye, kepada Kelab Umno St Peterburg jangan lupa memberikan sedikit sumbangan kerana ramai pelajar yang telah kering poket kerana seronok berjoli di kota London, kota Paris, Istanbul dan serata Europe ketika cuti sem pada bulan 1.


Sasaran pingat:
Futsal (emas), Handball (emas), Basket (tempat ke-4), Frisbee (tangan kosong)

Sekian terima kasih

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Video Panas Untuk Tayangan umum



Friday, October 25, 2013

KURBAN BAYRAM



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Pada 19 Oktober yang lalu telah diadakan satu majlis sambutan bersempena Eiduladha & ramah mesra bersama pelajar batch 1. Event seperti ini memang dinanti-nantikan oleh rata-rata kakak-kakak dan abang-abang yang sudah tidak sabar lagi mahu berkenalan dan beramah mesra bersama adik-adik baru. Agenda tersirat seperti 'weee makan rendang daging free hari ini' , 'hari ini cheat day' , dan  'sesi fashion show baju raya' juga tidak terkecuali.

Buat pengetahuan semua, majlis ini telah diadakan di dewan indah КБЦ yang terletak tidak berapa jauh dari asrama pelajar atau dalam erti kata lainnya, tidak lebih 2 marhalah pun. Tentatif menyatakan bahawa majlis itu bermula pada pukul 11 pagi tetapi biasalah janji melayu. Setelah beberapa minit dan saat selepas jam 11 pagi barulah dewan indah КБЦ itu dipenuhi dengan warga melayu tadi. 


Tidak berpuas hati dengan ketidak tepatan masa oleh segelintir pelajar, buat pertama kalinya Kakak Aisha telah melontarkan pendapat bernasnya. Dia berpendapat mungkin segelintir pelajar tersebut terleka kerana mengambil gambar snow yang turun pada pagi itu dari tingkap asrama yang menyebabkan mereka terlambat untuk meng iron baju melayu walaupun sudah di ingatkan berkali- kali oleh kak Nadia pada malam sebelumya. Teori ini diperkuatkan lagi apabila 2 orang junior yang namanya dirahsiakan (jiran Masnor) datang terkocoh-kocoh ketika Abg Eizaz selaku pengerusi majlis yang hambar sedang menyampaikan sepatah sepuluh kata sebagai pembukaan majlis.



Beribu-ribu taniah diucapkan kepada AJK MESSP 2013-2014 kerana walaupun di dalam kesibukan menghadiri kelas yang padat mengalahkan pelajar-pelajar medic di Moscow, Volgo, Nishny Novgorod dan yang sama waktu dengannya mereka masih mampu menganjurkan majlis yang boleh dikategorikan sebagai meriah atau 'tidak hambar'. Juadah- juadah yang disediakan semua Alhamdulillah menepati cita rasa anak tekak warga MESSP. Yang paling menjadi rebutan adalah bread pudding by Kak Kina Ackles dan kek pisang meletop by Kak Nad. Tetapi juadah-juadah yang lain juga sedap apa kurangnya. Jangan kecil hati nama tak di mention. Sila cuba sekali lagi. Owh dan tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada KUSP kerana telah menyeponsor banner yang lari tajuk sedikit. 


Selepas Kak Aisha tiba-tiba melontarkan pendapatnya, warga MESSP sekali lagi dikejutkan dengan kehadiran Brono Mars dan PSY yang turut hadir untuk memeriahkan lagi majlis.  PSY  yang diiringi Ustaz Terbang tidak putus-putus ditarik peminat untuk diambil gambarnya untuk di upload di instagram dengan hashtag #mewithPSY. Sedikit sebanyak kehadiran Brono Mars dan PSY yang popular dengan lagu hit nya 'Ops I did it again' dan 'sejarah mungkin berulang' itu dapat memujuk kembali hati kakak-kakak yang sedih kerana Faqehi tidak menghadiri majlis ini. Mungkin dia masih leka instavideo snow turun waktu itu. Naem selaku roomate dia di lihat seperti mementingkan diri sendiri kerana hadir seorang diri tanpa Faqehi di sisi.

"Walaupun komuniti kita kecil tapi ukhuwah kita mantap." ulas Luqman selaku presiden MESSP dalam ucapannya. Beliau juga tak lupa mengucapkan beribu-ribu terima kasih kerana makcik Zolaikha ( makcik cleaner ) dan Катя ( kawan Rauf ) sudi datang memeriahkan majlis walaupun dari riak wajah mereka seperti tidak faham apa yang diperkatakan Luqman. 



Majlis diteruskan dengan sesi suai kenal bersama adik-adik batch 1. Banyak kenangan manis mereka semasa sampai di St. Peter seperti internet laju tahap dan perempuan Rusia semua cantik-cantik. Pengalaman pahit seperti terjumpa orang mabuk buka seluar juga tidak dilupakan. 


Sesi fotografi meriah apabila semua naik hantu mengatur susun atur kerusi untuk dijadikan prop pengantin baru kita KD dan Ikhwan untuk bergambar. Coach , nama sebenarnya terpaksa dirahsiakan di lihat paling naik hantu kerana tidak henti-henti menyusun kerusi dan mengambil gambar pengantin dari pelbagai sisi dan angle. Mungkin dia gembira dengan mempelai dua sejoli itu. Sesi fotografi di atas tangga dan juga acah-acah bermain piano jugak tidak terkecuali.

Ketika para pelajar mula bersurai ke asrama dengan membawa bekas tapau lebihan ayam masak merah masing-masing tiba-tiba kedengaran jeritan Mat Yi (nama sebenarnya dirahsiakan) yang kurang berpuas hati apabila jus anggur добрый nya di ambil oleh Kak Farah. Melihatkan keadaan Mat Yi itu dan selepas beberapa minit berdiskusi akhirnya Kak Farah mengalah dan memberikan jus tersebut kepada Mat Yi. 


Diharapkan AJK selepas ini mengambil serius isu jus ini supaya tidak ada insiden seperti ini berlaku lagi. Tambahkan kuota pembelian jus kerana selepas PM mengumumkan pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen semua warga MESSP berpakat tidak mahu membeli jus lagi kerana menyahut saranan kerajaan agar sama-sama menjaga kesihatan. Tetapi kalau jus di beri percuma apa salahnya. Sebat sahaja. 


Akhir kata masih belum terlambat sekiranya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Kurban. 


Saat berderai jatuh titisan air mata suci Ibrahim,

Melihatkan keteguhan iman anaknya Ismail,
Di kala itulah bermulanya sejarah agung,
Erti sebuah pengorbanan.


Bagaimana pula erti pengorbanan kita? Renung-renungkan dan selamat beramal.







Thursday, October 17, 2013

Global Leadership Outreach (GLO)




Setinggi-tinggi syukur kami panjatkan kepada ALLAH SWT dengan kurnia dan nikmatnya program GLO telah berakhir dengan jayanya. Program ini bagaikan pelajar mengantuk disorongkan bantal dan katil yang empuk kerana rata-rata pelajar di sini tidak menyedari akan beberapa faktor penting untuk mereka diterima sebagai pekerja di sesebuah syarikat kelak. Program ini banyak membantu pelajar, bahawasanya mereka harus tahu dan sedar terdapat pelbagai cabaran yang bakal menghambat dialam pekerjaan dan perkahwinan. Pelbagai kontroversi, kisah, drama, tragedi dan tips mewarnai program kali ini menjadikannya sungguh bermakna bagi semua. Pelajar-pelajar juga terkejut dengan kehadiran Faqehi (kira dia ni artis lah) di dalam program tersebut.

Terdapat pelbagai input menarik disampaikan oleh para panel yang diterbangkan khas dari Malaysia iaitu Dr. Zainal Abidin (AKEPT), Puan Sherene & Dr. Aishah (TalentCorp), Tan Sri Dr. Jemilah (MERCY’s founder), dan Prof. Madya Abdul Razak (MOHE) kepada para pelajar.
Antara sessi yang dianjurkan ialah seperti “Serving the nation”, “State of the future”, “Malaysian transformation agenda” dan banyak lagi sehingga tidak mampu ditaip. Rata-rata pelajar begitu gembira sekali apabila berpeluang menyertai program tersebut kerana disebabkan acara tersebut rata-rata mereka dapat memeriahkan akaun Instagram mereka dengan gambar-gambar yang begitu fantastik seperti gambar itik, gambar berehat di katil yang empuk, gambar rambut dibelah kapak dan bermandi buih.

Ketika ditemubual salah seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Am – nama sebenar Ammar - “Saya merasakan program ini agak kurang memuaskan hati, kerana pelajar-pelajar medik Nizhny sering meluahkan pelbagai soalan dan pendapat walhal sepatutnya pelajar SMTU lebih perlu banyak bertanya kerana mereka medominasi program GLO.

Sessi pembentangan ‘Policy Proposal’ merupakan sessi kemuncak program tersebut. Para pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan harus membentangkan usul masing-masing yang mana setiap kumpulan mewakili kementerian/organisasi di Malaysia seperti MARA dan MOSTI. Terdapat pelbagai kontroversi dan tragedi di dalam sessi ini seperti Bandar Putrajaya satu pembaziran??, bot Pak Ali dijual dgn harga yang rendah, org Bandar menuntut hak, lambakan gerai tom yam di Johor, terlalu ramai remaja Bandar ke CC, dan sebagainya.

                                  
Keseluruhan program yang diadakan pada 11,12 & 13 Oktober lepas Alhamdulillah berjaya mencapai objektifnya(konfiden), walaupun seorang pelajar yg mahu dikenali sebagai Naufal sering hilang seperti Chipsmore. Hal ini mungkin kerana dia mengalami sakit perut atau keracunan makanan kerana makan terlalu banyak kek coklat ketika sessi ‘tea break’ sepanjang program dilansungkan. Sebahagian kumpulan pelajar juga terus mengaplikasikan penggunaan Bahasa Inggeris dalam perbualan mereka ketika dalam bas pulang ke hostel kerana para panel menasihati untuk tidak segan dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Inggerisa dalam kehidupan seharian kerana ianya penting ketika interview kerja kelak.

Terima kasih kepada pihak MARA, AKEPT, TalentCorp, dan MOHE atas adanya program seperti ini. Juga kepada catering Yala yang telah menyediakan makanan yang begitu menyelerakan dan tidak berminyak.

Akhir kata, “If you are planning for one year, grow rice. If you are planning for 20 years, grow trees. If you are planning for centuries, grow men.”




Tuesday, July 9, 2013

Batch 7 tiba di St. Petersburg



Alhamdulillah setinggi syukur kami panjatkan kepada Allah SWT , dan hanya sememangnya kepada-NYA lah harus kita pulangkan rasa gembira dan bahagia kita. Syukur kami panjatkan apabila adik-adik baru yang telah lama kami tunggu selamat sampai di Airport Pulkova 1 pada 1 Julai 2013.Gembira hati kami menyambut kedatangan 6 ahli keluarga baru ini.

Team sambutan telah sekian lama membuat persedian. Setelah 7 hari 7 malam bermeeting dan berbincang , akhirnya kami bertemu di Pulkova 1. Team jemputan diketuai Abg. Ammar bin Alam Faizli , walaupun kalah pada pilihan raya MESSP yang lalu bagi merebut jawatan presiden , tetap tidak melunturkan semangat Abg. Ammar untuk terus menyumbang tenaga dan berjasa . Contoh seperti inilah yang kita perlukan , sanggup menggadai cuti beberapa hari bagi membantu adik-adik baru hanya untuk mengharap redha Allah SWT. Team jemputan turut dibantu Abg. Masnor Ibrahim dan Abg. Ebi bin Abdul Hamid. Abg. Masnor turut kalah dalam pilihanraya lalu untuk merebut jawatan bendahari.



Adik-adik telah disajikan dengan Nasi Ayam Batu Caves yang dimasak khas oleh Kak Atika dan Kak Sahliza. Walaupun juadah yang disajikan tidak berapa sedap namun adik-adik Batch 7 tidak berani complain seperti adik Batch 6 sebagai tanda menghargai usaha abang dan kakak yang menyambut mereka .

Hari-hari mereka disini kemudian nya di isi dengan pelbagai aktiviti menarik. Walaupun AJK MESSP 2013-2014 yang baru semuanya telah pulang awal ke Malaysia meninggalkan adik-adik Batch 7 yang hanya berjumlah 6 orang. Namun mereka tidak dibiarkan sendirian oleh abang-abang yang sudah tamat pengajian.



Abg. Ebi bin Abdul Hamid telah membawa mereka dalam mini ekskursi bagi melihat keindahan Saint Petersburg pada musim panas. Pelbagai tempat telah di kunjungi seperti Masjid Sabornaya di Gorkovskaya ,  Museum Hermitage , Palace Square , Zenit Arena , Bistro Syawerma , Chaihana Yalla dan Gereja Spas Na Krovi. Terpancar kegembiraan di wajah mereka memulakan hari-hari pertama disini dengan kehadiran abang-abang yang mesra , hensem dan sentiasa sudi membantu. Ada juga yang mengambil peluang bergambar dengan pelbagai gaya untuk di post di Instagram bagi tatapan keluarga dan sahabat handai yang merindui.

Pada 7 Julai 2013 adik-adik telah diajak sama-sama ber BBQ di Park Aleksandrino. BBQ bertemakan ta'aruf ini telah diadakan hasil kerjasama Abg. Bob Shukram dan Abg. Hafiz Akmal. Pelbagai jenis daging telah dibakar , antaranya daging ayam , lembu dan kambing biri-biri. Selain daging , keropok kraks , keropok lays , buah anggur dan cherry turut menjadi juadah kali ini.



Sesi ta'aruf bermula agak lambat kerana menunggu Wan Yong dan Naufal yang sakit perut kerana makan ayam bakar yang di bakar Abg. Syazwan Shahrudin. Sesi ta'aruf diadakan dengan penuh ceria. Kami bukan sahaja bertukar-tukar informasi diri , tetapi turut bertukar-tukar jenaka hambar. Selain memperkenalkan diri , abang-abang juga sempat menitip beberapa pesan bagi mereka bagi mengharungi 4 tahun di St Petersburg.

Pada 8 Julai 2013 telah diadakan day trip ke Tasik Ladeshkoe . Setibanya di sana masing-masing terus mencari bekal makanan yang dibawa kerana terlalu lapar. Bekal nasi goreng , ayam goreng , spegetti goreng , burger goreng yang tidak sedap menjadi sedap kerana lapar. Selesai makan kami berekreasi bersama. Antara sukan-sukan yang telah diadakan seperti bola tampar pantai , bola sepak pantai dan frisbee pantai.



Keriangan adik-adik bermandi manda , main tanam-tanam sedikit sebanyak menghilangkan kerinduan mereka kepada keluarga dan sahabat handai di Malaysia. Sebelum pulang telah diadakan sesi perkongsian rasa. Antara topik hangat yang dibincangkan adalah berkenaan Cikgu Matematik Vadim Sorokin yang mengajar sambil lewa. Abang-abang mencadangkan agar perkara ini dapat di adukan kepada pentadbiran universiti oleh AJK MESSP 2013-2014 agar warga Malaysia mendapat pendidikan yang sempurna dan berkualiti. Penghangaan dan ucapan terima kasih dari adik-adik semasa sesi perkongsian rasa sangat menyentuh hati sehingga Abg. Nasir Helmi mengalirkan air mata.

Selamat menyambut bulan Ramadhan kami ucapkan kepada Batch 7 di St. Petersburg . Puasa selama 20 jam bukanlah sesukar seperti yang di war-warkan. Semoga kalian dapat melalui bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan berjaya graduate dari Madrasah Ramadhan dengan sijil Taqwa.

Ramadhan Kareem!