Monday, December 31, 2012

Happy New Year 2013


Tahun 2013 tiba membuktikan kesilapan Peradaban Mayan dalam menilik tarikh berakhirnya bumi dan segala keehidupan diatasnya. Sememangnya hanya ALLAH yang tahu bila akan terjadinya hari pengakhiran dunia ini.

Sambutan tahun baru kali ini diadakan dengan serba serdehana tetapi begitu bermakna. Sambutan kali ini diserikan lagi dengan kehadiran Saudari Atiqah Jasmi dari Moscow.

" Saya rindu 3 rakan karib saya , best sambut new year bersama mereka " katanya teresak-esak penuh kegembiraan.

Turut hadir tetamu khas pakar bedah otak Abang Iskandar Zainul atau lebih mesra dengan panggilan 'Abang Is' .

" Sedap syawerma yang korang buat , patut la muka korang ada iras-iras abang Uzbekistan di masjid" puji Abang Is kepada tenaga-tenaga pembuat Syawerma.

Menu Syawerma dan Pizza jelas berjaya mengukir senyuman di bibir pelajar-pelajar. Buat seketika mereka dapat melupakan derita mendengar suara karaoke abang Myanmar di tingkat 9. Segalanya ceria dan mencukupi kecuali air jus yang sedikit kekurangan kerana di sorok oleh Ebi Rokocoko.


Kami juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Abang Dexter Morgen aka Nasir Helmi mantan presiden MESSP atas ulang tahun ke-24. Moga dengan bertambah umur bertambah iman dan amalan serta terus istiqamah dengan dakwah dan tarbiyyah.

Serta Ustaz Ferq yang demam kerana allergic Syawerma moga cepat sembuh dan dapat update Instagram seperti biasa semula. Sambutan tahun ini menyaksikan bilangan mercun dikurangkan sebagai usaha pihak AJK MESSP untuk mengurangkan jumlah duit yang dibakar serta menabung untuk aktiviti-aktiviti yang akan datang.

Jelas terpapar kegembiraan di wajah para pelajar ketika bermain bunga api dan ber'snow fight' . Tahniah diucapkan ke atas semua atas aktiviti yang sungguh menarik ini. Di harapkan semua dapat menyambung semula study yang tertangguh untuk exam yang bakal ditempuhi.

Isilah segala masa yang ada dengan aktiviti yang bermanfaat dan menyihatkan serta memberi nilai di akhirat nanti.


Akhir kata , semoga tahun 2013 menyaksikan kita lebih bersungguh-sungguh belajar , makin meningkat kematangan serta  beroleh lebih banyak kejayaan. Serikan tahun anda dengan amalan soleh. Good luck.

Ser Novim Godom!

Sunday, December 9, 2012

Mister Korabel


Pencarian jejaka terhangat akan berlangsung tidak lama lagi. Buat pertama kali pelajar Malaysia memasuki pertandingan "Mr. Korabel" . Kepada yang berkelapangan mari kita bersama-sama menyatakan sokongan dengan mengundi jejaka yang paling tampan di St. Petersburg iaitu Abang Abdul Rauff Firdaus pada hari sabtu 22 Disember 2012. Good luck!

Tuesday, December 4, 2012

Mari turun beri sokongan


Esok (5 Disember 2012) akan berlangsung Annual Spartakiada Futsal bagi season 2012/2013. Pertandingan kali ini menampilkan 'contender' baru iaitu pasukan dari India. Namun kerana pasukan India tidak mempunyai jumlah pemain mencukupi , pelajar Malaysia yang ada iras-iras India akan menyertai parukan India.

Sedikit sejarah tournament ini :

1) Bermula buat kali pertama pada tahun 2009 . Johan adalah pasukan dari Myanmar. Pasukan Malaysia mendapat tempat ke-2.
2) Season 2010/2011 menyaksikan kebangkitan pasukan Vietnam menjadi johan. Pasukan Malaysia mendapat tempat ke-2.
3) Season 2011/2012 menyaksikan pertandingan kontroversial. Pasukan Malaysia nyaris menang. Namun atas sebab lack of discipline (Player datang lambat) , pasukan dari China membuat kejutan dengan menjadi johan. Menyaksikan Malaysia jatuh kepada naib johan berkongsi mata dengan Myanmar dan China.

Pada tahun ini pasukan Malaysia di wakili : Syamil Yusoff (Captain) , Syamim Shukri , Shukram Yakub , Farizul Firdaus , Amir Rahimi , Ikhwan Ashraf , Azrai Arifin dan Syed Ahmad Fathi.

Manakala pasukan India menyaksikan pemain import yang begitu skilful : Salman Zaluwi (Captain) , Hariz Hilmi , Daim Fuzail , Afiq Jalil , Eizaz Irfan , Abdul Hakim dan Naem Naser.

Perlawanan akan diadakan pada jam 3 petang di Ulianka Main Arena . Penyokong diharap dapat datang beramai-ramai membawa vuvuzela, sepanduk dan bendera Malaysia untuk memberi sokongan kepada pasukan Malaysia. Selamat berentap diucapkan. Mainlah dengan penuh semangat , fair play dan tutup aurat. Fighting!

Thursday, November 29, 2012

Fundraising for Gaza



Air mata kita mengalir pada 14 hingga 21 November yang lalu apabila tentera Israel Zionis telah melancarkan serangan terhadap saudara kita di Gaza. Selama 8 hari tentera Zionis telah membunuh 163 adik , abang dan kakak kita di Gaza. Sementara 1222 orang telah cerdera dalam kempen perang ini.

Bedilan bom Zionis telah menghancurkan sebahagian besar Gaza termasuk sekolah , tadika , rumah , hospital , masjid , stadium bola , pejabat media , kedai runcit , bangunan kerajaan , bank dan infrastuktur yang lain.

Bagi membuktikan iman dan ukhuwwah kita terhadap saudara kita marilah kita bersama membantu menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka. Inshallah pada hari sabtu ini akan diadakan fundraising bagi membantu saudara kita di sana bertemakan " Ayam masak madu".

Bagi mereka yang masih keliru sila baca detail dibawah dengan teliti :

1. Makanan percuma akan diedarkan di tingkat 8 korpus 1 Stachek 111. (Bahagian dapur)

2. Anda perlu membawa pinggan sendiri.

3. Menu adalah Nasi bersama Ayam Madu. Bermula jam 4 petang hingga 6 petang.

4. Utamakan sesiapa yang belum makan. Kalau ada lebih boleh tambah , jangan emo.

5. Akan disediakan tabung kutipan di dapur nanti. Anda boleh menyumbang sebanyak mana yang anda mahu atau sesikit mana yang anda mampu.

6. Hasil kutipan akan disalurkan kepada tabung Azam Russia 'Rubles for rubbles' .

Sekiranya anda masih keliru , was-was, gelisah atau cemas sila hubungi Abang Fakhrullah Roslan untuk keterangan lanjut.

Tidak cukup kita hanya mengutuk di Facebook atau 'Pum pang pum pang ' di Twitter sahaja kemudian duduk tidak berbuat apa-apa. Marilah menyumbang! Semoga sumbangan ikhlas kita semua di ganjari ALLAH SWT dan dikira amal soleh yang akan membantu kita di akhirat nanti.

Annyeonghi gaseyo!

Saturday, November 3, 2012

Spartakiad Basketball SMTU 2012/2013


Pada 31 Oktober 2012 yang lalu telah berlangsung satu kejohanan Basketball bagi pelajar-pelajar antarabangsa yang dianjurkan oleh pihak universiti. Kejohanan berlangsung di Main Arena Ulianka , State Marine Technical University , Saint Petersburg.

Sebanyak 4 pasukan berjaya melangkah ke pusingan akhir. Antaranya adalah pasukan dari China , Malaysia , Myanmar , dan Baltic Countries ( Estonia , Lithuania dan Latvia).

" Penyertaan kali ini sangat memberangsangkan. Saya rasa pasukan Malaysia patut menjadi juara tetapi mungkin kerana kurang latihan mereka tidak berjaya. Apa pun saya yakin sukan adalah satu cara yang paling  baik bagi membina kefahaman dan toleransi antara pelajar-pelajar " kata Nina Nikolaevna Altukhova , penganjur kejohanan yang juga merupakan tenaga pengajar Kafedra FizikoVospitaniya.

Pasukan Malaysia diketuai oleh Abdul Rauf Firdaus sebagai kapten pasukan. Sharpshooter harapan Tuan Mohd Al-Wafi dan Fakhruddin Rahim. Sementara Abdul Hakim , Naeem Nasir dan Muhammad Yusuf Rosman menjadi tonggak pertahanan pasukan . Tidak ketinggalan pemain serba boleh MESSP Amir Rahimi bin Abdul Kadri.

Pasukan Malaysia bermula dengan begitu bersemangat dan bertenaga namun tewas tipis di tangan pasukan China dan Baltic. Namun dengan tiupan semangat dari kapten dan 'arm besar' Amir pasukan Malaysia bangkit dan mengalahkan pasukan Myanmar . Pasukan Malaysia meraih tempat ketiga dalam kejohanan kali ini. Sebagai rekod pasukan Malaysia berjaya meraih tempat kedua pada kejohanan sama pada musim 2011/2012 yang lalu.

Dengan baju yang masih dibasahi peluh mari kita dengar sedikit respond dari kapten pasukan Abdul Rauf Firdaus:

"Secara keseluruhan team telah menunjukkan sportmanship yang baik , kita bermain sedikit perlahan di bahagian pertahanan , blocking juga nampaknya masih perlu di baiki , walaupun saya agak kecewa dengan disiplin training team basket tapi saya tetap yakin yang kita mampu melakukan yang lebih baik pada masa akan datang. Jangan pernah patah harapan!"



Siri kejohanan akan diteruskan dengan ping pong pada 2 November , Chess pada 17 November 2012 dan Futsal pada 5 Disember 2012. Para penyokong yang tiada kelas dan berkelapangan diharap dapat bersama memberi sokongan kepada pasukan kita. Jangan lupa bawa bendera dan sepanduk.

Monday, October 15, 2012

Dinner with BPP MARA



Alhamdulillah pada 3 Oktober 2012 telah berlangsung satu majlis makan malam bersama Badan Penganjuran Pelajaran Majlis Amanah Rakyat di Hotel Oktyaberskaya , Saint Peterburg yang dipengerusikan oleh Saudara Farid Nadzir.

Antara yang hadir adalah Puan Rohaya binti Mohd Zain , Pengarah kanan bahagian penganjuran pelajaran MARA dan Cik Nor Liziana Hazmi , Penolong pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA. Hadir sama En. Suhaimi Zainudin , Pengarah MARA Moscow.

Tujuan kehadiran BPP MARA ke Russia adalah untuk melawat para pelajar yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Nizhny Novgorad pada 3 September yang lalu. Kemalangan tersebut meragut 2 nyawa sementara 5 lagi pelajar cedera teruk.

Dialog antara para pelajar dan pihak BPP MARA telah diadakan bagi memanfaatkan kesempatan yang ada. Antara isu-isu yang telah di bincang dan hangat diperkatakan adalah isu insurans pelajar , isu praktikal pelajar , isu pointer bagi yang ingin menyambung master , isu lapor diri sesudah tamat pengajian dan juga isu tiket kapal terbang bagi pelajar tahun akhir.



Puan Rohaya juga memperingatkan para pelajar agar belajar bersungguh-sungguh serta tidak mensia-siakan peluang yang di berikan. Para pelajar juga di ingatkan agar lebih 'independent' dan tidak hanya bergantung kepada MARA .

Dalam majlis sama pembahagian 'duit claim' telah diadakan untuk pelajar-pelajar yang telah membayar wang pembaharuan visa di Russia. Selepas selesai jamuan makan ringan para pelajar sempat bergambar bersama pegawai BPP MARA sebagai tanda kenang-kenangan.

Saturday, September 29, 2012

Sambutan Aidilfitri MESSP 1433



Tiada lafaz syukur yang layak diucapkan melainkan hanya kepada ALLAH . Alhamdulillah pada 22 September 2012 telah berlangsung sambutan Aidilfitri di Avtova.

Walaupun bermenukan nasi tomato yang tak berapa nak jadi majlis kali ini berlangsung dengan lancar , penuh ukhuwwah , mesra dan ceria. Majlis yang dijadualkan pada pukul 9 pagi bermula sedikit lambat kerana menghargai tradisi melayu.



Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Saudara Nasrul Azhim . Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh yang disayangi Tuan Presiden Tuan Mohd Al-Wafi. Beliau mengingatkan perlunya akan ukhuwwah yang mantap antara ahli MESSP bagi menjamin perpaduan dan kesatuan yang dibina. Untuk ucapan penuh sila klik sini.



Di teruskan dengan tazkirah ringkas dari Abang Syed Ahmad Fathi yang merupakan pelajar tahun akhir berkenaan pentingnya menghargai masa. "Jika di akhirat baru nak pergi solat Jumaat sudah terlambat" katanya.

Bagi menghargai kehadiran putera dan puteri baru MESSP majlis memperuntukkan sedikit masa untuk sesi ta'aruf  bersama adik-adik baru. Sesi ini dipenuhi dengan senda tawa dan acara usik mengusik. Adik Aini sehingga terduduk kerana tidak mampu menjawab soalan dari abang-abang berkenaan siapa yang memberi kek hari jadi. Turut mencuri tumpuan adalah jawapan 'Masih Mencari' dari Fakhruddin apabila ditanya berkenaan status terkini. Turut memperkenalkan diri pada kali ini adalah Saudara Faqehi dan Naim Nasser yang berjaya melepaskan diri tahun lepas tapi tidak pada tahun ini.



Begitulah sedikit petikan riang raya kali ini. Majlis kemudian dilengkapi dengan jamuan makan dimulai bacaan doa dari Al-Ustaz Ammar Alam Faizli.

"Pada pandangan saya kari Mamu paling istimewa pada jamuan kali ini" jawab Abang Arieff Nazamuddin apabila ditanya mengenali masakan mana yang paling sedap.

"Sapa yang buat nasi tomato tak jadi nih?" tanya Kak Farah Izzaty yang menguruskan hal ehwal makanan.



Terima kasih juga diucapkan kepada semua dermawan-dermawan dari MESSP yang menyumbang kepada Tabung Kemalangan yang melibatkan saudari-saudari dari Nizhnhy Novgorad. Kutipan berjumlah RM700 melepasi sasaran awal sebanyak RM500. Terima kasih diucapkan.



Majlis diakhiri dengan sesi pergambaran yang di hoskan oleh Photographer terkenal Abang Khalis Yunus. Sedikit jualan 'Garage Sale' juga dapat dilihat di akhir majlis walaupun tiada dalam tentatif oleh Abang Syamil Yusuf dan Abang Shahir Ashraf.

Wednesday, September 19, 2012

Sumbangan Kemalangan



Seperti yang diumumkan oleh Kak Nor Nadia bahawa pada sabtu ini (22 September ) akan diadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Avtova. Dan sebagaimana yang kita tahu pada 3 September lepas berlaku kemalangan melibatkan 7 pelajar yang mengorbankan 2 pelajar ketika mereka dalam perjalanan pulang dari Moscow ke Nizhny Novgorad.

Jadi bagi menyatakan sokongan kita kepada mangsa yang terlibat satu tabung akan di edarkan pada Majlis Aidilfitri nanti bagi membantu mereka dari segi keperluan perubatan dan sebagainya.

Kita akan menyalurkan sumbangan nanti menerusi tabung AZAM RUSSIA seperti yang telah di war-warkan di facebook.



Di harap para pelajar dapat membawa bersama duit yang ingin didermakan pada majlis tersebut. Semoga sumbangan kita ini dapat membantu meringankan lagi beban yang ditanggung mereka.

Friday, August 24, 2012

Aidilfitri Embassy Moscow 1433 H


Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Gema takbir di Kedutaan Besar Malaysia Moscow menimbulkan pelbagai perasaan bagi para pelajar dari Saint Petersburg yang menyambutnya disini. Ada yang mengalirkan air mata merindui kehangatan kasih sayang keluarga di pagi raya. Ada juga yang gembira kerana berjaya puasa penuh. Ada juga yang sakit perut di pagi raya.

1 Syawwal 1433 Hijrah di Russia jatuh pada hari Ahad , 19 Ogos 2012. Perjalanan 10 jam menaiki kereta api ke Moscow tidak sedikit pun melunturkan semangat para pelajar meraikan hari kemenangan ummat Islam ini.

"Fuhh gembira dan meriah rasanya dapat beraya bersama semua rakan-rakan sebatch" kata Farid Nadzir ketua rombongan pelajar SMTU ke Moscow.

Masjlis sambutan dimulakan jam 8.30 pagi dengan takbir secara berjemaah diikuti solat sunat Aidilfitri yang di imamkan oleh Kol. Abdul Manaf Md. Zaid. Majlis dilengkapkan dengan bacaan Khutbah Aidilfitri bertajuk 'Aidilfitri Hari Kemenangan Ummat Islam' .Antara  isi utama khutbah yang disampaikan adalah perlunya ummat Islam kembali hidup berpandukan Al-Qur'an dalam semua urusan kehidupan meliputi undang-undang , pengurusan keluarga sehinggalah kepada siasah dan sistem pemerintahan.



Majlis diteruskan dengan Ucapan ringkas Dato' Zainal Abidin duta besar Malaysia ke Russia. Tidak lengkap Aidilfitri tanpa ada jamuan makan ibarat 'Ice Lemon Tea' tanpa gula. Para tetamu dihidangkan oleh pihak kedutaan oleh pelbagai juadah seperti satey , burger-del , nasi minyak dan banyak lagi yang membuatkan tetamu merasakan seolah-olah mereka berada di Malaysia.

Feedback dari pelajar-pelajar.

"Gembira rasanya beraya bersama kawan-kawan , gambar pun banyak boleh la tukar 'profile picture' di facebook" kata Afiq Abd. Jalil.

"Walaupun sedih tak dapat bersama family , tapi saya gembira kerana boleh pakai baju 'pink' di pagi raya" kata Eizaz Irfan.

"Sedap satey yang Embassy buat ini , saya ingat nak tempah satey dari Embassy untuk catering kenduri pertunangan saya nanti" kata Aini.


Terima kasih diucapkan kepada pihak semua staff Embassy Malaysia di Moscow atas majlis sambutan yang begitu bermakna buat kami yang tidak dapat bersama keluarga di pagi Syawwal. Jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan di MAI yang sudi menerima kami untuk berteduh untuk beberapa malam. Terima kasih juga kerana mengadakan jamuan pada 2 Syawwal dengan kuah kacang yang begitu menyelerakan.

Salam Aidilfitri diucapkan kepada semua Ummat Islam dari kami Malaysian Engineering Student of Saint Petersburg (MESSP). Moga segala puasa , qiyam , tadarrus , tilawah yang dilakukan di bulan Ramadhan diterima oleh Allah SWT dan dapat di istiqamahkan untuk 11 bulan mendatang. Taqabalallahu minna wa minkum!

Friday, July 20, 2012

1 Ramadhan di St. Petersburg


Tanggal 20 Julai 2012 menandakan bermulanya bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua ummat Islam iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sungguh pun jauh dari keluarga dan bazaar Ramadhan di Malaysia namun 1 Ramadhan 1433 tetap disambut dengan gembira oleh pelajar-pelajar Malaysia disini.

Walaupun kebanyakan pelajar SMTU telah balik bercuti , namun masih terdapat 4 orang pelajar yang akan menghabiskan cuti disini bersama 12 orang pelajar tahun pertama. Musim panas yang mempunyai siang yang panjang menuntut para pelajar untuk berpuasa hampir 20 jam. Sahur berakhir jam 3 pagi dan berbuka jam 11 petang. Bagi yang inginkan jadual penuh solat untuk bulan Ramadhan 1433 Hijra di St. Petersburg , Russia anda boleh dapatkannya disini.



Jarak yang jauh dari Malaysia sememangnya menjadi platform terbaik kepada para pelajar menguji bakat memasak mereka. Pelbagai juadah berjaya disiapkan antaranya kari ayam , ayam masak lemak , donut , dadih dan macam-macam lagi.

Bagi menghidupkan malam ramadhan majlis tarawikh berjemaah telah dilakukan bersama dimamkan oleh Imam Besar Azim dan Imam Besar AJ. Majlis tadarus Al-Qur'an turut dijalankan bagi mengisi Ramadhan kali ini yang diketuai Ustaz Ferq.



Di kesempatan yang ada ini kami ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat tidak kira di mana jua anda berada. Jadikan peluang yang ada ini untuk mempertingkatkan diri dan membangun rohani agar terbina 'TAQWA' di dalam diri.

Sekian.

Monday, July 2, 2012

Adik adik sayang selamat tiba di Petersburg



Bulan penuh indah malam ini di St Petersburg seolah-olah gembira menyambut kehadiran adik-adik baru. Namun gembira lagi hati kami abang-abang dan kakak-kakak yang menyambut. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi pesawat SU34 selamat mendarat di Pulkovo 1 jam 12.50 pagi.

"Penat duh abang 3 kali transit nak sampai sini" luah hati Farid ketua batch bagi pelajar yang baru tiba. Riak wajah kepenatan jelas terpancar pada setiap wajah yang baru tiba.



Ketibaan mereka di iringi dua orang wakil dari MARA , En Suhaimi pegawai MARA Moscow dan En. Zaimi wakil dari Unikl Mimet.



Mereka terpaksa menunggu hampir 30 minit sebelum dibenarkan masuk ke hostel kerana terdapat sedikit salah faham yang dicetuskan makcik penjaga pintu. Namun mood kembali ceria apabila mereka disajikan menu istimewa yang telah disediakan oleh Kak Lina , Kak Lydia , Kak Mira , Kak Farah dan Kak Lela.

Mereka kemudian diberi taklimat ringkas mengenai dokumen yang perlu diisi oleh Kak Norlin Azira. Setelah mengisi borang dan mendapatkan kunci bilik mereka pun segera tidur kerana terlalu letih. Kami turut merasainya. Kesian juga.

Seluruh warga Messp mengucapkan selamat datang kepada 12 adik-adik yang baru tiba . Sememangnya kehadiran kalian ke dalam keluarga besar kami disini amat di nantikan dan semoga dengan kehadiran kalian dapat menceriakan lagi komuniti Malaysia disini.

Sekian.

Sunday, July 1, 2012

Ramah Mesra Bersama Embassy Malaysia



Musim panas kali ini terasa begitu bermakna bagi pelajar-pelajar Malaysia di SMTU. Buat pertama kalinya mendapat kunjungan Duta Besar Malaysia ke Russia Dato' Zainol Abidin Omar dan isteri. Turut mengiringi rombongan   dari embassy Cik Najwa Musyrifah Ramli , En. Suhaimi Zainuddin , En Wan Azizam Saleh dan En. Mohd Rodzi Hamzah .

Perjumpaan bersama pelajar bertempat di Hotel Oktyaberskaya , St. Petersburg Russia pada 22 Jun 2012. Dimulakan dengan doa kemudian di ikuti ucapan alu-aluan dari Presiden Persatuan Pelajar , Tuan Mohd Al-Wafi.

Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan Dato' Zainol Abidin. Dalam ucapannya  Dato' menceritakan kebanggakan beliau kerana mendapat feedback yang sangat baik dari pihak universiti mengenai pelajar Malaysia di SMTU. Turut disentuh harapan kerajaan dari graduan agar dapat menyumbang ke arah mencapai tahap ekonomi ' High Income Country' dan Agensi TalentCorp yang telah dimulakan oleh kerajaan bagi menarik graduan pulang menyumbang kepada ekonomi negara.



Menjawab soalan berkenaan praktikal yang diutarakan oleh Muzammel Zainal beliau berkata "Rektor universiti mengakui kepentingan praktikal , pihak universiti dan kedutaan akan berbincang dengan lebih lanjut untuk mencapai kata sepakat praktikal yang bagaimana dapat dilaksanakan".

Dato' juga memberi respond kepada isu penghapusan visa bagi rakyat Malaysia ke Russia , beliau mengulas " Kami telah berbincang dengan kerajaan Russia berkenaan isu ini sejak tahun 2005 , kerajaan Russia bersedia menghapuskan visa bagi rakyat Malaysia yang akan melawat Russia selama 90 hari , pejanjian ini sedang dirundingkan dan sudah memasuki fasa akhir , pihak kedutaan berharap masalah ini  dapat diselesaikan sebelum mesyuarat APEC yang akan diadakan di Vladivostok pada September 2012".



Dato' Zainol Abidin juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada dua orang pelajar yang telah menamatkan ijazah di SMTU iaitu Izzul Izzat Mazlan dan Norlin Azira Rosli. 


Turut mencuri tumpuan pada majlis kali ini pantun comel dari Nasrul Azhim selaku pengurusi majlis.Perjumpaan kemudian disambung dengan sesi penggambaran dan jamuan . Menu jamuan adalah nasi ayam.


Sekian.

Era baru bermula


Tahun demi tahun kini Malaysian Engineering Student of St. Petersburg (MESSP) sudah memasuki tahun ketiganya. Selaras dengan pertambahan ahli keluarga saban tahun kini MESSP berazam untuk bergerak dengan lebih tersusun dan teratur.

Berakhirnya penggal 2011-2012 menandakan berakhirnya tahun kedua dan bermulanya tahun ketiga bagi persatuan ini. Pada 2 Jun 2012 satu majlis makan malam perpisahan telah diadakan bertempat di  Hotel Ibis , Saint Petersburg , Russia. Majlis kali ini di khususkan untuk meraikan pelajar tahun akhir Norlin Azira Rosli dan Izzul Izzat Mazlan yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dengan cemerlang.Majlis juga diserikan dengan kehadiran istimewa IR Md Salim dari Unikl Mimet dan Prof Adi Maimun yang kebetulan datang ke St. Petersburg atas urusan rasmi.

Pada majlis yang sama juga pengumuman ahli jawatan kuasa baru telah diadakan. Hasil pungutan suara yang dijalankan 49 kertas undi telah diterima. Setelah dikira Tuan Mohd Alwafi telah dipilih untuk menyandang jawatan presiden bagi penggal baru dengan undi sebanyak 85 peratus.

Berikut senarai jawatan kuasa baru bagi penggal 2012-2013:

  • Presiden: Tuan Mohd Alwafi
  • Naib Presiden 1: Masnor Ibrahim
  • Naib Presiden 2: Noor Farah Izaty
  • Setiausaha: Nor Nadia Mohd Khairoji
  • Bendahari: Muhammad Azri Aminuddin
  • Bendahari 2:  Lydia Binti Azmi
  • Sukan: Shahruzzani Mohammad
  • Perhubungan: Mohammad Izzuddin Ismail
  • Perhubungan 2: Azlina Binti Hashim dan Noor Farah Izaty
  • Wakil Avtova: Muhammad Nazrin Bin Pasarudin
  • Wakil batch 1: Hafizuddin Abd Hamid
  • Wakil batch 3: Fuzail Daim Zulkefly
  • Wakil batch 4: Muhammad Abdul Rauf
  • Wakil batch 5: Ammar Alam Faizli
  • Ketua kontigen ke Volgograd 2013: Mohamad Shafik Azhar
Majlis juga diserikan dengan persembahan Coral Speaking yang begitu romantik diketuai oleh Ammar Alam Faizli. Bagi mengelakkan majlis menjadi statik dan monotone dendangan lagu diselang selikan oleh batch ke 4. Apabila ditanya kepada para pelajar , rata-ratanya sangat menyukai lagu khas ciptaan Abdul Rauf. 


Suasana majlis kali ini mula bertukar sedih dengan ucapan dua pelajar yang telah menamatkan pengajian. Setelah hampir 4 tahun mereka menabur jasa dan menyemai budi perpisahan kali ini sangat dirasai.

"Nell harap bila orang cakap pasal gaduate SMTU kita semua boleh bangga , nasihat untuk junior jangan malas study dan jangan ambil jalan pintas untuk habis exam" ucap Norlin Azira dalam ucapannya. Sememangnya harapan dan nasihat ini merupakan mutiara bagi pelajar-pelajar lain untuk meneruskan perjuangan mereka.

Sekian.