Friday, July 20, 2012

1 Ramadhan di St. Petersburg


Tanggal 20 Julai 2012 menandakan bermulanya bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua ummat Islam iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sungguh pun jauh dari keluarga dan bazaar Ramadhan di Malaysia namun 1 Ramadhan 1433 tetap disambut dengan gembira oleh pelajar-pelajar Malaysia disini.

Walaupun kebanyakan pelajar SMTU telah balik bercuti , namun masih terdapat 4 orang pelajar yang akan menghabiskan cuti disini bersama 12 orang pelajar tahun pertama. Musim panas yang mempunyai siang yang panjang menuntut para pelajar untuk berpuasa hampir 20 jam. Sahur berakhir jam 3 pagi dan berbuka jam 11 petang. Bagi yang inginkan jadual penuh solat untuk bulan Ramadhan 1433 Hijra di St. Petersburg , Russia anda boleh dapatkannya disini.



Jarak yang jauh dari Malaysia sememangnya menjadi platform terbaik kepada para pelajar menguji bakat memasak mereka. Pelbagai juadah berjaya disiapkan antaranya kari ayam , ayam masak lemak , donut , dadih dan macam-macam lagi.

Bagi menghidupkan malam ramadhan majlis tarawikh berjemaah telah dilakukan bersama dimamkan oleh Imam Besar Azim dan Imam Besar AJ. Majlis tadarus Al-Qur'an turut dijalankan bagi mengisi Ramadhan kali ini yang diketuai Ustaz Ferq.



Di kesempatan yang ada ini kami ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat tidak kira di mana jua anda berada. Jadikan peluang yang ada ini untuk mempertingkatkan diri dan membangun rohani agar terbina 'TAQWA' di dalam diri.

Sekian.

No comments:

Post a Comment