Monday, July 2, 2012

Adik adik sayang selamat tiba di Petersburg



Bulan penuh indah malam ini di St Petersburg seolah-olah gembira menyambut kehadiran adik-adik baru. Namun gembira lagi hati kami abang-abang dan kakak-kakak yang menyambut. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi pesawat SU34 selamat mendarat di Pulkovo 1 jam 12.50 pagi.

"Penat duh abang 3 kali transit nak sampai sini" luah hati Farid ketua batch bagi pelajar yang baru tiba. Riak wajah kepenatan jelas terpancar pada setiap wajah yang baru tiba.



Ketibaan mereka di iringi dua orang wakil dari MARA , En Suhaimi pegawai MARA Moscow dan En. Zaimi wakil dari Unikl Mimet.



Mereka terpaksa menunggu hampir 30 minit sebelum dibenarkan masuk ke hostel kerana terdapat sedikit salah faham yang dicetuskan makcik penjaga pintu. Namun mood kembali ceria apabila mereka disajikan menu istimewa yang telah disediakan oleh Kak Lina , Kak Lydia , Kak Mira , Kak Farah dan Kak Lela.

Mereka kemudian diberi taklimat ringkas mengenai dokumen yang perlu diisi oleh Kak Norlin Azira. Setelah mengisi borang dan mendapatkan kunci bilik mereka pun segera tidur kerana terlalu letih. Kami turut merasainya. Kesian juga.

Seluruh warga Messp mengucapkan selamat datang kepada 12 adik-adik yang baru tiba . Sememangnya kehadiran kalian ke dalam keluarga besar kami disini amat di nantikan dan semoga dengan kehadiran kalian dapat menceriakan lagi komuniti Malaysia disini.

Sekian.

No comments:

Post a Comment