Monday, October 15, 2012

Dinner with BPP MARA



Alhamdulillah pada 3 Oktober 2012 telah berlangsung satu majlis makan malam bersama Badan Penganjuran Pelajaran Majlis Amanah Rakyat di Hotel Oktyaberskaya , Saint Peterburg yang dipengerusikan oleh Saudara Farid Nadzir.

Antara yang hadir adalah Puan Rohaya binti Mohd Zain , Pengarah kanan bahagian penganjuran pelajaran MARA dan Cik Nor Liziana Hazmi , Penolong pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA. Hadir sama En. Suhaimi Zainudin , Pengarah MARA Moscow.

Tujuan kehadiran BPP MARA ke Russia adalah untuk melawat para pelajar yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Nizhny Novgorad pada 3 September yang lalu. Kemalangan tersebut meragut 2 nyawa sementara 5 lagi pelajar cedera teruk.

Dialog antara para pelajar dan pihak BPP MARA telah diadakan bagi memanfaatkan kesempatan yang ada. Antara isu-isu yang telah di bincang dan hangat diperkatakan adalah isu insurans pelajar , isu praktikal pelajar , isu pointer bagi yang ingin menyambung master , isu lapor diri sesudah tamat pengajian dan juga isu tiket kapal terbang bagi pelajar tahun akhir.



Puan Rohaya juga memperingatkan para pelajar agar belajar bersungguh-sungguh serta tidak mensia-siakan peluang yang di berikan. Para pelajar juga di ingatkan agar lebih 'independent' dan tidak hanya bergantung kepada MARA .

Dalam majlis sama pembahagian 'duit claim' telah diadakan untuk pelajar-pelajar yang telah membayar wang pembaharuan visa di Russia. Selepas selesai jamuan makan ringan para pelajar sempat bergambar bersama pegawai BPP MARA sebagai tanda kenang-kenangan.

No comments:

Post a Comment