Saturday, June 1, 2013

Regata Vesla Na Vodu 2013



Kedatangan bulan Jun menandakan bermulanya musim peperiksaan bagi para pelajar di Saint Petersburg. Bagi pelajar tahun akhir pula bulan Jun merupakan bulan untuk membentangkan final year project mereka. Dicelah-celah kesibukan ini pelajar Malaysia masih sempat menyertai Annual Regata Vesla Na Vodu bagi sesi 2013. Penyertaan ini dapat dilaksanaan berkat pengurusan masa yang bijak oleh para pelajar.

Pasukan Malaysia yang diwakili Malaysian Rowing Tea Club (MRTC) telah mencatat kejayaan cemerlang pada regata tahun ini. Bagi kategori International Student pada tahun lalu MRTC menyandang tempat pertama mengalahkan pasukan dari tanah besar China.

MRTC diketuai oleh Kapten Izwan Fareez yang telah lama menceburi bidang mendayung. Pengalaman beliau selama 4 tahun berjaya diterjemahkan dalam mengendalikan MRTC. 2 pendayung veteran Syazwan Shahrudin dan Abdul Rauf Firdaus. Sementara 3 lagi pendayung merupakan muka baru iaitu Mohd. Shukram , Abdul Hakim , Muhd. Luqman. Sementara pendayung simpanan diwakili Farid Nazir dan Amir Rahimi. Tugas kawalan navigasi pada tahun ini di galas oleh Syed Ahmad Fathi.

MRTC yang mendapat grouping ke-8 bermula agak hambar. Kesilapan yang dilakukan oleh Syazwan Shahrudin yang terkeluar pendayungnya pada permulaan menjejaskan prestasi serta mencalar reputasi profesionalisma pasukan.

Sepanjang perlumbaan deck sebelah kiri yang diduduki oleh Syazwan , Shukram dan Luqman sering dilihat bermasaalah. Dayungan yang tidak synchronise dan sering berlaku pertembungan antara pendayung memburukkan lagi keadaan. Antara kelemahan lain adalah berpunca dari Fathi yang mengawal navigasi , beliau kelihatan seringkali memberi arahan yang tidak selari dengan dayungan peserta. Luqman juga dilihat bermasaalah kerana sering tidak memposisikan pendayung hingga ke belakang yang sering menjadi punca pertembungan.



Walaupun terdapat pelbagai masalah semasa perlumbaan MRTC tetap mendahului pasukan lain dalam group 8. MRTC juga dilihat mula memperlahankan dayungan selepas pusingan 500 meter. Kesempatan ini diambil oleh Pasukan China dan cuba memintas MRTC , namun tidak berjaya kerana helah ini berjaya dihidu oleh Abdul Rauf dan MRTC kembali menguatkan dayungan. Keputusan dan catatan masa bagi Regata kali ini seperti berikut:

1. Johan - Baltic Countries (7 minit 48 saat)
2. Naib Johan - Malaysia (9 minit 4 saat)
3. Tempat ketiga - China (9 minit 10 saat)
4. Myanmar (9 minit 59 saat)
5. Vietnam (10 minit 20 saat)
6. Kazakhstan (11 minit 11 saat)

Regata kali ini dimeriahkan lagi dengan kedatangan ramai penyokong dari Malaysia. Turut hadir Kak Ticq , Kak Liza dan Kak Tina yang bukan sahaja memberikan sokongan tetapi menyediakan sarapan kepada pasukan MRTC berupa ketam goreng bersalut tepung dan sandwich berintikan telur.

Bagi Naib Johan pasukan MRTC mendapat pingat , hamper berupa baju , wang tunai 1000 rubles dan ciuman pipi dari Miss Korabelka , Saudari Eizaz Irfan. Selepas penyampaian hadiah berlaku sedikit kekecohan apabila ada penyokong yang tidak menyertai Regata dengan tidak malu mahukan baju hadiah yang di terima. Penyokong itu telah menangis apabila dia di marahi oleh Amir Rahimi yang merupakan reserve pasukan.

Tahniah kami ucapkan kepada Pasukan Malaysian Rowing Tea Club (MRTC) atas kejayaan pada kali ini. Semoga ia dapat diteruskan pada tahun-tahun mendatang.

Eiiiyyy razz!

No comments:

Post a Comment