Wednesday, June 26, 2013

Zashita 2013



Zashita (Защйта) menurut kamus Oxford 2003 bermaksud defend , protect , stand up for. Kata kerja bagi zashita adalah zashishat (Защищать). Namun istilah zashita secara tradisinya bagi pelajar di Russia adalah sesi terakhir pembelajaran . Di mana pelajar perlu membentangkan kefahaman , ilmu dan kemahiran mereka di hadapan beberapa orang panel. Para pelajar akan disoal , dan di uji tahap pemahamannya sepanjang beberapa tahun menuntut di universiti.

Pada tahun ini 23 orang pelajar dari Malaysia telah menamatkan pengajian mereka. 21 orang pelajar di peringkat Degree dan 2 pelajar di peringkat Master. Pelajar pertama zashishat pada tahun ini adalah Nasir Helmi Bin Zolcapli yang telah membentangkan dissertasi yang bertajuk "Ship's waste management" pada 17 Jun 2013. Turut membentangkan dissertasi pada hari tersebut adalah 3 pelajar dari Republik China dan 4 orang pelajar dari Myanmar.



Manakala para pelajar dari Batch 3 masing-masing menamatkan Degree dalam bidang Ship's Powerplant and Propulsion . Seramai 7orang pelajar telah membentangkan projek mereka pada 18 Jun 2013 , 7 orang pada 19 Jun 2013 dan baki 7 orang pada 20 Jun 2013.

Seramai 4 orang pelajar dari Batch 3 menamatkan pengajian dengan First Honor Degree atau istilah Russia nya Krasni Diplome. Pelajar tersebut adalah Syed Ahmad Fathi bin Syed Mohd Khair, Nursahliza bte Muhamat Yain , Nurul Atika bte Mohamed Mokhtar dan Siti Fatinah bte Hamzani.

Ketika di tanya resepi kejayaan nya . Nursahliza berkata "Sebenarnya untuk dapat high mark dalam semua subjek korang kena aktif dalam kelas. Akak tengok pelajar melayu kebanyakannya kurang dari segi ini. Kalau dalam kelas pelajar melayu akan pilih tempat duduk paling belakang. Semua tak mahu duduk depan. Perkara ni nampak macam remeh tapi sebenarnya ada impak yang besar. Bila cikgu tengok kita selalu duduk depan dia akan lihat yang kita ada kesungguhan dan serious dalam pelajaran. Cikgu akan lebih mudah kenal kita bila kita selalu duduk baris depan , bila cikgu kenal kita dia tak akan kedekut markah dengan kita masa exam".

"Masa dalam kelas bila cikgu tanya ada soalan ke tak , elakkan menjawab 'takde soalan' atau 'semua faham'. Sediakan sekurang-kurangnya satu soalan kepada cikgu. Cikgu akan rasa yang kita ni memang mahu belajar , kita ada interest terhadap subjeknya dan kita ambil berat tentang material yang cikgu bagi seperti modul dan sebagainya" tambahnya lagi.

Atika pula berkata "Bagi akak kehadiran sangat penting , tak kisah subjek apa pun. Sebagai contoh ramai yang mengatakan 'Alah tak payah datang pun takpe kelas Sosiologi , tak penting , kalau datang pun tak faham apa' .Sikap macam ni tak patut ada pada pelajar. Sebagai penuntut ilmu kita kena rendahkan diri , sentiasa rasa bodoh dan dahagakan ilmu. Bila kita kata subjek tu tak penting seolah-olah kita pandai sangat dan tak perlukan ilmu. Dan kata lah kita datang kelas tak faham apa , adakah kita ponteng kita dapat faham subjek itu?"



Sementara itu ketika di tanya tentang rahsia kejayaannya Fatinah berkata "Sebenarnya modul yang cikgu bagi itu sangat penting. Kalau nak high mark , kena baca , translate dan fahamkan semua modul yang diberi. Tapi kalau kita nak 1 step lebih dari yang lain cuba baca buku yang cikgu recommend pinjam dari library. Rasa macam susah tapi tak mustahil. Memang baca mula-mula susah nak faham , tapi kalau korang terus istiqomah baca dan translate , inshallah masa 2nd dan 3rd year nanti dah takde masalah . Tapi kalau korang rasa susah dan berhenti baca dan mencuba untuk faham , korang akan rugi".

"Akak dengar ramai juga ketika ditanya kenapa tak pergi kelas jawapan nya tak larat semalam tidur 1 jam je. Akak faham ada yang minat tengok K-Drama , akak pun minat Jong Kok , sangat comel. Ada yang minat main game , akak pun main Candy Crush Saga sampai level 523. Tapi minat kita tak boleh membelakangkan tanggungjawab kita. Kelas kita adalah amanah kita kepada MARA , amanah kita pada ibubapa yang mengharapkan kejayaan kita , amanah kita pada Allah. Jangan kita khianati amanah ini." sambungnya lagi.

Sementara itu pelajar terakhir Malaysia zashishat pada tahun ini adalah Abang Hafizudin bin Abd. Hamid dengan perbentangan dissertasi bertajuk "Improving electrode quality for underwater welding" pada 25 Jun 2015 . Pembentangan beliau berjaya menarik minat para panel .Ketika wartawan kami menemu ramah beliau , beliau berkata "Terima kasih semua yang datang memberi sokongan , abang harap adik-adik bersungguh-sungguh dalam pelajaran , jangan malas-malas. Jumpa lagi lepas ni".



Berikut senarai penuh Graduate Student Class 2013:


  1. Nasir Helmi bin Zolcapli
  2. Hafizuddin bin Abd Hamid
  3. Nursahliza Bt Muhamat Yain
  4. Nurul Atika Bt Mohamed Mokhtar
  5. Siti Fatinah Bt Hamzani
  6. Muhammad Nazrin Bin Pasarudin
  7. Fuzail Daim Bin Zulkefly
  8. Mohd Syamim Bin Shukri
  9. Syazwan Bin Shahruddin
  10. Shahir Ashraf bin Ahmad
  11. Mohd Shukram Bin Yaakub
  12. Mohd Muzamel Bin Zainal Abidin 
  13. Mohammad Syamil Bin Yusoff
  14. Muhammad Hafiz Bin Razali 
  15. Muhammad Nur Khalis Bin Mohd Yunus
  16. Mohammad Hafiz Akmal Bin Md Rijani
  17. Mohammad Fakhrullah Bin Roslan
  18. Mohammad Izwan Fareez Bin Mohammad Isa
  19. Mohammad El Haicqal Bin Mazlan
  20. Mohammad Shahruzzani Bin Mohammad 
  21. Mohamad Farizul Firdaus Bin Shafie
  22. Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair
  23. Nor Muhammad Bin Abdullah


Tahniah diucapkan kepada para graduan yang telah tamat pengajian di peringkat Degree dan Master. Master dan Degree mungkin telah habis , tetapi belajar tidak pernah habis , kerana ia proses sepanjang hayat. Selamat pulang dan berkhidmat diucapkan. Moga terus cemerlang dalam hidup.

No comments:

Post a Comment