Setinggi-tinggi syukur
kami panjatkan kepada ALLAH SWT dengan kurnia dan nikmatnya program GLO telah
berakhir dengan jayanya. Program ini bagaikan pelajar mengantuk disorongkan
bantal dan katil yang empuk kerana rata-rata pelajar di sini tidak menyedari
akan beberapa faktor penting untuk mereka diterima sebagai pekerja di sesebuah
syarikat kelak. Program ini banyak membantu pelajar, bahawasanya mereka harus tahu
dan sedar terdapat pelbagai cabaran yang bakal menghambat dialam pekerjaan dan
perkahwinan. Pelbagai kontroversi, kisah, drama, tragedi dan tips mewarnai program
kali ini menjadikannya sungguh bermakna bagi semua. Pelajar-pelajar juga terkejut dengan
kehadiran Faqehi (kira dia ni artis lah) di dalam program tersebut.
Terdapat pelbagai
input menarik disampaikan oleh para panel yang diterbangkan khas dari Malaysia
iaitu Dr. Zainal Abidin (AKEPT), Puan Sherene & Dr. Aishah (TalentCorp),
Tan Sri Dr. Jemilah (MERCY’s founder), dan Prof. Madya Abdul Razak (MOHE) kepada
para pelajar.
Antara sessi yang
dianjurkan ialah seperti “Serving the nation”, “State of the future”, “Malaysian
transformation agenda” dan banyak lagi sehingga tidak mampu ditaip. Rata-rata
pelajar begitu gembira sekali apabila berpeluang menyertai program tersebut kerana
disebabkan acara tersebut rata-rata mereka dapat memeriahkan akaun Instagram
mereka dengan gambar-gambar yang begitu fantastik seperti gambar itik, gambar
berehat di katil yang empuk, gambar rambut dibelah kapak dan bermandi buih.
Ketika ditemubual salah
seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Am – nama sebenar Ammar - “Saya
merasakan program ini agak kurang memuaskan hati, kerana pelajar-pelajar medik Nizhny sering meluahkan pelbagai soalan dan pendapat walhal sepatutnya pelajar
SMTU lebih perlu banyak bertanya kerana mereka medominasi program GLO.
Sessi pembentangan ‘Policy
Proposal’ merupakan sessi kemuncak program tersebut. Para pelajar dibahagikan kepada
5 kumpulan dan setiap kumpulan harus membentangkan usul masing-masing yang mana
setiap kumpulan mewakili kementerian/organisasi di Malaysia seperti MARA dan MOSTI. Terdapat pelbagai
kontroversi dan tragedi di dalam sessi ini seperti Bandar Putrajaya satu
pembaziran??, bot Pak Ali dijual dgn harga yang rendah, org Bandar menuntut
hak, lambakan gerai tom yam di Johor, terlalu ramai remaja Bandar ke CC, dan
sebagainya.
Keseluruhan program yang diadakan pada 11,12 & 13 Oktober lepas Alhamdulillah berjaya mencapai objektifnya(konfiden), walaupun seorang
pelajar yg mahu dikenali sebagai Naufal sering hilang seperti Chipsmore. Hal
ini mungkin kerana dia mengalami sakit perut atau keracunan makanan kerana
makan terlalu banyak kek coklat ketika sessi ‘tea break’ sepanjang program
dilansungkan. Sebahagian kumpulan pelajar juga terus mengaplikasikan penggunaan
Bahasa Inggeris dalam perbualan mereka ketika dalam bas pulang ke hostel kerana
para panel menasihati untuk tidak segan dalam meningkatkan penguasaan Bahasa
Inggerisa dalam kehidupan seharian kerana ianya penting ketika interview kerja
kelak.
Terima kasih kepada
pihak MARA, AKEPT, TalentCorp, dan MOHE atas adanya program seperti ini. Juga
kepada catering Yala yang telah menyediakan makanan yang begitu menyelerakan
dan tidak berminyak.
Akhir kata, “If you
are planning for one year, grow rice. If you are planning for 20 years, grow
trees. If you are planning for centuries, grow men.”
Kek coklat GG!
ReplyDelete