Friday, October 25, 2013

KURBAN BAYRAM



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Pada 19 Oktober yang lalu telah diadakan satu majlis sambutan bersempena Eiduladha & ramah mesra bersama pelajar batch 1. Event seperti ini memang dinanti-nantikan oleh rata-rata kakak-kakak dan abang-abang yang sudah tidak sabar lagi mahu berkenalan dan beramah mesra bersama adik-adik baru. Agenda tersirat seperti 'weee makan rendang daging free hari ini' , 'hari ini cheat day' , dan  'sesi fashion show baju raya' juga tidak terkecuali.

Buat pengetahuan semua, majlis ini telah diadakan di dewan indah КБЦ yang terletak tidak berapa jauh dari asrama pelajar atau dalam erti kata lainnya, tidak lebih 2 marhalah pun. Tentatif menyatakan bahawa majlis itu bermula pada pukul 11 pagi tetapi biasalah janji melayu. Setelah beberapa minit dan saat selepas jam 11 pagi barulah dewan indah КБЦ itu dipenuhi dengan warga melayu tadi. 


Tidak berpuas hati dengan ketidak tepatan masa oleh segelintir pelajar, buat pertama kalinya Kakak Aisha telah melontarkan pendapat bernasnya. Dia berpendapat mungkin segelintir pelajar tersebut terleka kerana mengambil gambar snow yang turun pada pagi itu dari tingkap asrama yang menyebabkan mereka terlambat untuk meng iron baju melayu walaupun sudah di ingatkan berkali- kali oleh kak Nadia pada malam sebelumya. Teori ini diperkuatkan lagi apabila 2 orang junior yang namanya dirahsiakan (jiran Masnor) datang terkocoh-kocoh ketika Abg Eizaz selaku pengerusi majlis yang hambar sedang menyampaikan sepatah sepuluh kata sebagai pembukaan majlis.



Beribu-ribu taniah diucapkan kepada AJK MESSP 2013-2014 kerana walaupun di dalam kesibukan menghadiri kelas yang padat mengalahkan pelajar-pelajar medic di Moscow, Volgo, Nishny Novgorod dan yang sama waktu dengannya mereka masih mampu menganjurkan majlis yang boleh dikategorikan sebagai meriah atau 'tidak hambar'. Juadah- juadah yang disediakan semua Alhamdulillah menepati cita rasa anak tekak warga MESSP. Yang paling menjadi rebutan adalah bread pudding by Kak Kina Ackles dan kek pisang meletop by Kak Nad. Tetapi juadah-juadah yang lain juga sedap apa kurangnya. Jangan kecil hati nama tak di mention. Sila cuba sekali lagi. Owh dan tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada KUSP kerana telah menyeponsor banner yang lari tajuk sedikit. 


Selepas Kak Aisha tiba-tiba melontarkan pendapatnya, warga MESSP sekali lagi dikejutkan dengan kehadiran Brono Mars dan PSY yang turut hadir untuk memeriahkan lagi majlis.  PSY  yang diiringi Ustaz Terbang tidak putus-putus ditarik peminat untuk diambil gambarnya untuk di upload di instagram dengan hashtag #mewithPSY. Sedikit sebanyak kehadiran Brono Mars dan PSY yang popular dengan lagu hit nya 'Ops I did it again' dan 'sejarah mungkin berulang' itu dapat memujuk kembali hati kakak-kakak yang sedih kerana Faqehi tidak menghadiri majlis ini. Mungkin dia masih leka instavideo snow turun waktu itu. Naem selaku roomate dia di lihat seperti mementingkan diri sendiri kerana hadir seorang diri tanpa Faqehi di sisi.

"Walaupun komuniti kita kecil tapi ukhuwah kita mantap." ulas Luqman selaku presiden MESSP dalam ucapannya. Beliau juga tak lupa mengucapkan beribu-ribu terima kasih kerana makcik Zolaikha ( makcik cleaner ) dan Катя ( kawan Rauf ) sudi datang memeriahkan majlis walaupun dari riak wajah mereka seperti tidak faham apa yang diperkatakan Luqman. 



Majlis diteruskan dengan sesi suai kenal bersama adik-adik batch 1. Banyak kenangan manis mereka semasa sampai di St. Peter seperti internet laju tahap dan perempuan Rusia semua cantik-cantik. Pengalaman pahit seperti terjumpa orang mabuk buka seluar juga tidak dilupakan. 


Sesi fotografi meriah apabila semua naik hantu mengatur susun atur kerusi untuk dijadikan prop pengantin baru kita KD dan Ikhwan untuk bergambar. Coach , nama sebenarnya terpaksa dirahsiakan di lihat paling naik hantu kerana tidak henti-henti menyusun kerusi dan mengambil gambar pengantin dari pelbagai sisi dan angle. Mungkin dia gembira dengan mempelai dua sejoli itu. Sesi fotografi di atas tangga dan juga acah-acah bermain piano jugak tidak terkecuali.

Ketika para pelajar mula bersurai ke asrama dengan membawa bekas tapau lebihan ayam masak merah masing-masing tiba-tiba kedengaran jeritan Mat Yi (nama sebenarnya dirahsiakan) yang kurang berpuas hati apabila jus anggur добрый nya di ambil oleh Kak Farah. Melihatkan keadaan Mat Yi itu dan selepas beberapa minit berdiskusi akhirnya Kak Farah mengalah dan memberikan jus tersebut kepada Mat Yi. 


Diharapkan AJK selepas ini mengambil serius isu jus ini supaya tidak ada insiden seperti ini berlaku lagi. Tambahkan kuota pembelian jus kerana selepas PM mengumumkan pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen semua warga MESSP berpakat tidak mahu membeli jus lagi kerana menyahut saranan kerajaan agar sama-sama menjaga kesihatan. Tetapi kalau jus di beri percuma apa salahnya. Sebat sahaja. 


Akhir kata masih belum terlambat sekiranya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Kurban. 


Saat berderai jatuh titisan air mata suci Ibrahim,

Melihatkan keteguhan iman anaknya Ismail,
Di kala itulah bermulanya sejarah agung,
Erti sebuah pengorbanan.


Bagaimana pula erti pengorbanan kita? Renung-renungkan dan selamat beramal.







3 comments:

  1. pehh isu jus pon diketengahkan ke haha

    ReplyDelete
  2. macam yaya ja yang tulis. macam yaya ja. macam yaya ja. ermmm.

    ReplyDelete
  3. lol Brono Mars..
    Arai selaku penyanyi SAMSONS terlupa nak tambah kat sini haha

    ReplyDelete