Thursday, March 27, 2014

Sambutan Hari Wanita 2014



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah di panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat juga akhirnya admin (part time) memperkuatkan emosi , jasad , dan jari jemari untuk menambah sedikit coretan di dalam blog MESSP yang semakin hambar dan bersawang ini. 



Pada 8 Mac yang lepas telah berlangsung sambutan bersempena dengan Hari Wanita Sedunia bertempat di dalam bilik Kakak Yaya dan Kakak Nad. Sambutan ini khas untuk menyambut wanita- - wanita Melayu terakhir yang tinggal sementara di Saint petersburg  Setelah berbincang panjang di dalam group whatsapp khas pelajar wanita Saint Petersburg, akhirnya semua sepakat merah 'mak ngah' sebagai warna tema sambutan ini dan nasi kerabu sebagai menu utama. Alhamdulillah perbincangan berjalan lancar dan tiada percakaran atau perang dingin dilaporkan untuk memilih warna tema.

Semua pelajar wanita sama ada yang sudah berkahwin , sudah bertunang , ataupun yang masih single hadir untuk sama-sama memeriahkan sambutan ini. Majlis di mulakan dengan upacara rasmi 'selfie' ramai-ramai depan banner sementara menunggu pelajar yang di beri nama Sakina untuk touch up lipstick dan mengenakan gaun pengantinnya. 


Sambutan di penuhi dengan bermacam - macam acara bermanfaaat dan bermotivasi seperti forum berkenaan  hal wanita , sesi melihat video dengan projector skrin besar dan ketawa beramai- ramai , acara penyampaian hadiah , acara 'mari bercerita' , acara 'jom amik gambar wei pastu post kat instagram ngan fb' , dan acara yang menjadi kegemaran dan kegilaan semua pelajar khususnya Kakak Amira iaitu acara makan - makan.

Majlis juga diserikan dengan kehadiran auntie Karimah dan puterinya yang datang jauh nun dari Avtovo. Selain nasi kerabu , bermacam - macam lagi juadah di sediakan untuk memeriahkan perut masing - masing seperti brownies , congo bars , dan tart buah. Untuk mengelakkan pembaziran , lebihan makanan telah disalurkan kepada jiran tersayang Adik Yin dan Adik Aiman. Mereka melompat kegembiraan setelah di berikan makanan tersebut. 

"Best ngat dapat makang nasik krabu" Ulas Adik Aiman sambil menangis kegembiraan. 

"Takpelah walaupun tak dijemput, dapat makan nasi kerabu pun ana dah cukup bersyukur" Seloroh Adik Yin pula. 

Bukan niat kami tidak mahu menjemput mereka sama - sama untuk memeriahkan majlis ini tetapi seperti yang semua sudah maklum ini adalah sambutan khas untuk wanita maka kami tidak menjemput mana - mana lelaki untuk menyertai sambutan ini hatta sebagai VVIP pun. Wah hiperbola. Maka diharapkan nasi kerabu dapat memujuk hati Adik Yin dan Adik Aiman.

Majlis di serikan juga dengan penyampaian anugerah khas untuk wanita - wanita ini. Berikut adalah senarai pemenang dan anugerahnya.


Anugerah bibir paling merah - Sakina Razali
Anugerah gelak paling sopan - Nor Nadia (Yaya)
Anugerah prom dress terbaik - Aishah 
Anugerah isteri solehah - Khadijah (KD)
Anugerah isteri mithali walaupun hubby jauh - Ainishahirah
Anugerah pelajar paling pemalu - Farah Izaty 
Anugerah best student - Shahirah 
Anugerah vokalis terbaik - Nor Nadierah (Nad)
Anugerah pelajar paling banyak tumpahkan air - Nor Laila
Anugerah pelajar paling havoc - Lydia Azmi
Anugerah pelajar paling 'fit' join fizra - Nor Amira 
Anugerah pelajar paling banyak kali hilang handphone - Azlina Hashim (sorry Kak Lina hehe)

Sekian sahaja laporan kali ini. Tidak lupa juga marilah kita sama - sama menyedekahkan bacaan Al- fatihah kepada mangsa - mangsa MH370. Sesungguhnya insiden ini memberikan tamparan yang agak besar kepada sejarah negara kita. 

Inspirational quote to celebrate international women's day:

Malala Yousafzai : Extremist have shown what frightens them most ; a girl with a book. 




No comments:

Post a Comment